PENDAHULUAN:
Penulis mengajar di SMK Tengku
Ampuan Afzan Chenor. Mula berkhidmat di negeri Pahang pada tahun 2002 setelah
menabur bakti di negeri Johor bermula tahun 1998. Alhamdulillah dapat menabur
bakti di tempat kelahiran sendiri walaupun dibesarkan di Kuantan. Berpengalaman
mengajar Bahasa Arab selama 13 tahun. SMKTAAC merupakan sebuah sekolah luar
bandar perkampungan tradisional yang mempunyai Kelas Aliran Agama (KAA)
berlatarbelakangkan pelajar sekitar Chenor. Berbekalkan pelajar-pelajar
sederhana akademik yang memperolehi keputusan 3A 2B dan kadangkala 2A dalam
UPSR merupakan satu cabaran untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam PMR
khususnya dalam Bahasa Arab.
Pencapaian Bahasa Arab PMR: Sepanjang
pengalaman mengajar Bahasa Arab di SMKTAAC, bermula tahun 2003-2011 hanya 2
tahun sahaja (2006 & 2007) pelajar gagal mencapai kelulusan 100% lulus.
Perbandingan pencapaian Bahasa Arab PMR mengikut format baru yang diperkenalkan
pada tahun 2010:
PERKARA
|
BIL.
CALON
|
A
|
B
|
C
|
D
|
E
|
LULUS
|
GPMP
%
|
BIL/%
|
BIL/%
|
BIL/%
|
BIL/%
|
BIL/%
|
BIL
|
%
|
PMR
2010
|
20
|
4
20.0
|
3
15.0
|
8
40.0
|
5
25.0
|
0
0.0
|
20
|
100
|
2.70
|
TOV
2011
|
23
|
6
26.1
|
5
21.7
|
6
26.1
|
3
13.1
|
3
13.1
|
20
|
86.9
|
2.65
|
ETR
2011
|
23
|
8
34.8
|
6
26.1
|
6
26.1
|
3
13.1
|
0
0.0
|
23
|
100
|
2.17
|
PMR
2011
|
23
|
10
43.5
|
4
17.4
|
6
26.1
|
3
13.1
|
0
0.0
|
23
|
100
|
2.09
|
Menghasilkan pelajar cemerlang
9A di sebuah sekolah kampung adalah satu kepuasan. Menjadi satu kepuasan yang
istimewa apabila mata pelajaran Bahasa Arab tidak pernah menjadi subjek
“nearmiss” kecemerlangan PMR di Afzan.
100% lulus bukan lagi masalah,
tindakan seterusnya adalah untuk mencipta kualiti dan kuantiti kecemerlangan.
PMR 2011 menjadi titik tolak kecemerlangan Bahasa Arab dengan sokongan dan
galakan yang diberikan oleh pengetua dan pentadbiran sekolah.
CABARAN UTAMA PENGAJARAN BAHASA
ARAB:
i. Sering dianggap sebagai “killer subject” dalam PMR dan persepsi
negatif bahawa Bahasa Arab susah.
ii. Tiada kemahiran asas penulisan jawi yang baik.
iii. Kekangan Bahan Bantu Mengajar di pasaran.
Tugas utama adalah membetulkan
kembali persepsi pelajar. Motivasi dan penerangan mesti berfakta supaya boleh
diterima pelajar. Pelajar lemah guru tidak boleh lemah. Perubahan dalam p&p
mesti dilakukan. P&P mesti menarik-BBM, Audiovisual, slideshow,nyanyian dan
lain-lain. Bila hati sudah tertarik, sudah serasi bersama, kesediaan hati untuk
menerima ilmu telah ada maka guru dapat melaksanakan p&p dengan lancar.
PROGRAM KECEMERLANGAN
BAHASA PMR 2011:
1. “Mufradat dars”: Kelemahan
utama pelajar dalam Bahasa Arab ialah penguasaan kosa kata. Dalam aspek ini
kelemahan pelajar dapat dibahagikan kepada 3 kategori:
a.Tidak mampu sebut dan menulis kembali.
b.Mampu menyebut tetapi tidak boleh menulis.
c.Mampu menulis tetapi salah (aspek yang ditekankan
oleh guru)
Program ini dilakukan di awal
p&p (10-15 minit). Setiap pelajar dibekalkan ‘mini white-board’. Guru
menayangkan ‘slide ppt’ yang mengandungi kosa kata pelajaran (mufradat dars).
Pelajar menulis perkataan yang dikehendaki. Guru menayangkan penulisan yang
betul. Pelajar membaiki kembali kesilapan penulisan.Tiada apa yang perlu ditakuti
oleh calon PMR apabila memiliki “modal besar” dalam pembelajaran bahasa ini.
2. Modul “Al-kifayah Linnajah”:
Modul latihan berfokus yang dihasilkan sendiri oleh penulis bagi mengatasi
kekurangan bahan Bahasa Arab. Kecukupan latihan amat penting bagi pelajar bagi
memastikan mereka menguasai setiap item PMR. Secara peribadi, penulis berkeyakinan modul ini telah memberi impak yang besar kepada calon PMR.(Maklumat lanjut:
http://duanarabic.blogspot.com)
3.Bengkel “Jawab Untuk
Cemerlang”: Bengkel dijalankan sebanyak 3 siri : sebelum ujian Mac, pertengahan
tahun dan percubaan PMR. Setiap siri selama 4 jam pada hari Sabtu. Bahan
bengkel berfokus ke arah memperolehi maksimum markah dalam setiap item PMR.
4. “Gasak Istibdal” : Ujian
mengejut di awal p&p sepanjang tahun. Fokus kepada item (b) soalan 1 dan
soalan 2. Kemahiran aplikasi tatabahasa Bahasa Arab. Pelajar diuji dengan tiga
peringkat soalan.
PENUTUP:
Program di atas telah membantu
penulis menghasilkan keputusan yang diimpikan. Perubahan dan permurniaan
program sentiasa dilakukan bersesuaian dengan calon semasa. Kepada Allah swt.
jua diucapkan syukur mudah-mudahan diberi kekuatan, ketabahan dan kesihatan
berpanjangan untuk mendidik anak-anak Chenor.