Tuesday, March 29, 2011

Kamus Kecil Al-Munawwir : KAMUS PERKATA


Kamus ini mengandungi makna-makna perkataan mengikut susunan tajuk dalam buku teks Bahasa Arab Tingkatan 2 dan 3. Dengan memiliki kamus ini akan dapat membantu guru dalam proses pengajaran kefahaman teks tanpa perlu menggunakan teknik terjemahan harfiah dan pelajar akan dapat memahami kandungan teks secara kendiri.

Perkataan-perkataan baru akan diberikan makna dalam bahasa Melayu. Ianya tidak akan diulang sekiranya telah terdapat dalam teks sebelumnya. Bagi perkataan-perkataan tertentu, perkataan seerti dan berlawanan disertakan dan ianya bersesuaian dengan tahap menengah rendah.

Turut dilampirkan makna kata-kata hikmah dan bait-bait syair yang perlu dikuasai pelajar dan seterusnya memudahkan proses penghafalan bagi tujuan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS).


Kamus bersaiz A5 ini berharga RM3.00 setiap naskhah.

Urusan pembelian boleh dilakukan dengan menghubungi:

Perkasa Ummah Enterprise
No. A 45 Jalan IM 3 / 11, B.I.M Point
Bandar Indera Mahkota
25200 Kuantan
Pahang Darul Makmur.

Telefon / Faksimili : 09-573 3837 / 019-9830484 (Ust. Najib)

Pembelian 50 naskhah diberi potongan 10%.
Pembelian 100 naskhah ke atas diberi potongan 15%

PIHAK PERKASA UMMAH ENTERPRISE HANYA DAPAT MEMENUHI PEMBELIAN 20 NASKHAH KE ATAS SAHAJA.


Thursday, December 23, 2010

Harga Modul Siap Bercetak

A: Modul lengkap dalam 1 set (merangkumi ketiga-tiga bahagian) - RM8.50 sebuah (termasuk pos)

B: Modul secara berasingan (3 buah buku untuk ketiga-tiga bahagian) - RM13.oo (termasuk pos)
i.Modul Aplikasi Tatabahasa : RM4.10
ii.Modul Kefahaman Teks : RM4.40
iii.Modul Bina Ayat : RM4.70

CETAKAN HANYA DIBUAT ATAS PERMINTAAN. TIADA KOLEKSI SIMPANAN DI TANGAN PENULIS.

contoh buku bagi ketiga-tiga modul yg dicetak berasingan


Kos fotostat -sekiranya buat sendiri (jika 0.05 sen) = 154 ms x $0.05 = RM7.70 tanpa binding.
BANDINGKAN HARGA dan...
Jika berminat, hubungi seperti tertera di post terdahulu. Bayaran secara L/O diterima.

LANGANAN TERUS BOLEH DIBUAT MELALUI:

PERKASA UMMAH ENTERPRICE - TEL: 019-9830484 (Ustaz Najib)

Friday, October 15, 2010

Mukhayyam Bahasa Arab Negeri Pahang 2010

Pada tahun ini, peserta mukhayyam terpaksa dibahagikan kepada 2 sesi:
Sesi 1 : 26-28 Julai 2010
Sesi 2 : 02-04 Ogos 2010

Berlangsung di Kompleks Rakan Muda Maran yang menjanjikan kemudahan yang selesa dan bersesuaian dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Pendekatan yang hampir sama digunakan seperti tahun lalu, namun diubahsuai mengikut format terkini PMR Bahasa Arab 2010. Peserta-peserta nampaknya bersemangat sepanjang program berlangsung. Didoakan kepada semua peserta telah memperolehi motivasi dan melaksanakan persediaan yang secukupnya bagi menghadapi PMR 2010. Dengan tema "ما أحلى اللغة العربية" , diharapkan peserta akan terus mencintai bahasa Arab dan terus mempelajarinya di peringkat yang seterusnya.



Friday, July 16, 2010

Latihtubi Intensif PMR Bahasa Arab 2010

Bahan-bahan ini disediakan bagi membantu guru-guru dan pelajar-pelajar untuk persiapan menghadapi peperiksaan PMR pada tahun ini. Tidak dibenarkan sekali diterbitkan untuk tujuan komersial. Kesilapan "typing" yang terdapat dalam setiap latihan dan modul jangan diperbesarkan.

Terima kasih kepada guru-guru yang menyumbang idea, masa dan wang ringgit khususnya guru-guru yang terlibat dalam penyediaan modul PMR BA negeri Pahang.

Bahan untuk dimuaturun:



Tuesday, April 6, 2010

Makluman Terkini Format Baru Bahasa Arab PMR 2010

Untuk makluman guru-guru, sehingga ke tarikh (07/04/2010), pihak LPM masih belum mendapat kelulusan pihak tertinggi untuk melaksanakan format baru yang dicadangkan. Ini bermakna format lama masih belum dibatalkan sehingga ada pekeliling baru yang memansukhkannya.

Untuk itu, kita semua diminta bersedia dengan sebarang kemungkinan untuk calon-calon PMR tahun ini, sama ada mereka akan terus menggunakan format lama atau akan ada arahan terkini (sehingga bulan JUN) untuk menggunakan format baru di saat-saat akhir. Bolehlah dibuat kesimpulan, calon-calon PMR pada tahun akan menggunakan format lama lagi.

Guru-guru boleh memuat turun 2 fail berikut untuk mendapat gambaran kasar format baru tersebut bagi kertas 31/1 dan 31/2 yang boleh digunakan untuk pelajar-pelajar di tingkatan 1 dan 2:





Wednesday, March 3, 2010

Format Baru Bahasa Arab PMR 2010


Guru-guru Bahasa Arab boleh download format baru secara tidak rasmi ini. Keterangan lanjut dan wajaran sebenar akan ditaklimat secara rasmi oleh LPM kemungkinan April ini.

Thursday, November 19, 2009

Explorace Bahasa Arab Negeri Pahang 2009

Pada 13-14 November 2009 telah berlangsung Exploraces Bahasa Arab SMKA, KAA & SABK Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Negeri Pahang Tahun 2009 bertempat di SMK Jengka Pusat. 35 buah sekolah telah menyertai pertandingan ini.

Bahan-bahan Explorace Bahasa Arab Pahang 2009 (Download sini)

Pada sebelah malam telah diadakan pertandingan 'Batol Mufradat' /Raja Kosakata. Peserta-peserta telah diuji dengan kehebatan perbendaharaan kata yang dimiliki.

Dayang Maizatul Farhana Sedang Menjawab Soalan Batol Mufradat:

Antara Aktiviti Explorace:




Tuesday, November 17, 2009

Bahan Sokongan P&P Bahasa Arab

Guru-guru boleh 'download' bahan sokongan di bawah untuk membantu proses p&p dan dokumentasi pelajar bagi tahun 2010. Bahan ini telah disediakan oleh Ustaz Fakhzan bin Zulkawi, SBPI Kuantan. Terima kasih diucapkan kepada beliau.

Download : Gedung Mufradat

Tuesday, August 18, 2009

Soalan Percubaan PMR 2009 - Bahasa Arab Komunikasi

Mulai 21 hb. Ogos, penulis akan memuatkan koleksi-koleksi soalan percubaan PMR 2009 Bahasa Arab Komunikasi mengikut negeri-negeri. Guru-guru dan pelajar-pelajar dapat memanfaatkan masa yang terluang dengan cuba menjawab soalan-soalan tersebut. Penulis memohon jasa baik semua mendoakan kejayaan cemerlang anak-anak didik di sekolah sebagai ganjaran apa yang telah dilakukan ini. Syukran jazilan kepada semua penyumbang soalan.












Sunday, August 16, 2009

Bahan Utama Mukhayyam Bahasa Arab

Sepanjang berlangsungnya 2 sesi mukhayyam bahasa Arab peringkat negeri Pahang 2009, objektif utamanya ialah penguasaan kalimah-kalimah asas sebagai persediaan menghadapi PMR 2009. Sebanyak 90 patah perkataan telah disenaraikan dan 11 situasi ayat gambar yang diberikan penekanan.

Sebagai bahan perkongsian bersama, guru-guru boleh memuat-turun 2 bahan utama tersebut melalui link di bawah:


Friday, August 14, 2009

Mukhayyam Bahasa Arab SABK

Peserta-peserta sedang bersedia untuk aktiviti "mughamarah lughawiyyah".

Mukhayyam Bahasa Arab SABK negeri Pahang telah diadakan juga di Sanctuary Resort Cherating pada 29-31 Julai 2009 yang lalu. Disertai 5 buah sekolah SABK negeri pahang, terdiri daripada calon-calon PMR 2009. Menjadi harapan setelah melalui mukhayyam ini, peserta-peserta akan mempunyai persediaan yang asas untuk menduduki peperiksaan pada tahun ini. Pengurus projek pada kali ini ialah Ustaz Hj. Ishak bin Othman JPN Pahang.


lihat video : www.youtube.com/watch?v=zjGTPVKNVxc



Tuesday, July 21, 2009

Mukhayyam Bahasa Arab


Mukhayyam (Perkhemahan) ini telah diadakan di Sanctuary Resort Cherating pada 26-28 Jun 2009. Mukhayyam yang julung-julung kali diadakan adalah anjuran Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Pahang. Ianya telah disertai lebih kurang 130 orang pelajar yang terpilih dari setiap sekolah-sekolah KAA, SMKA, SABK dan SBPI yang menjadi calon PMR 2009. Matlamat utama mukhayyam ini adalah untuk memastikan pelajar-pelajar ini memiliki persiapan yang secukupnya untuk menghadapi PMR 09.

Adalah diharapkan peserta-peserta yang telah terlibat dalam mukhayyam ini telah memperolehi manfaat sekurang-kurangnya kosa kata yang telah ditetapkan. Bukan sekadar keseronokan yang diperolehi, tetapi semangat untuk terus menguasai bahasa Arab sehinggalah selesai peperiksaan PMR nanti. Semoga Allah swt sentiasa bersama anda semua.

Lihat video program: http://www.youtube.com/watch?v=-d9HIbwkTSQ