Monday, December 3, 2012

Buku Lembaran Instrumen PBS Bahasa Arab Tingkatan 1

Sedia Menerima Tempahan


 RM7.00 sahaja (105 ms)
Buku Lembaran Instrumen (Deskriptor Tulis) ini merangkumi semua tema yang terkandung dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Tingkatan. Instrumen yang dibina mengikut ketetapan Dokumen Standard Prestasi. Setiap evidens dicetak dalam helaian berlainan bagi tujuan penyimpanan rekod. Keistimewaannya; ianya selari dengan proses p&p guru.

Guru tidak perlu lagi sibuk memfotostat instrumen untuk pelajar. Hanya perlu ceraikan helaian dan memasukkannya ke dalam fail evidens pelajar setelah ditanda.

Hanya pembelian mengikut jumlah pelajar sahaja akan dilayan atas faktor kos penghantaran. Naskhah contoh atas permintaan.

DILARANG FOTOSTAT DEMI KEBERKATAN ILMU.
JIKA BERMINAT: Hubungi- Perkasa Ummah Enterprise Sdn. Bhd- Ust Najib : 019-9830484.

Beberapa contoh instrumen yang terkandung dalam buku:

 Band 4 (pelajaran 1)
    Band 6 (pelajaran 1)

Band  (pelajaran 2)

Band 3 (pelajaran 4)

Saturday, November 24, 2012

Modul Al-Kifayah Bahasa Arab Tingkatan 3 (cetakan 2013):



Rebutlah peluang menggunakan Modul al-Kifayah dalam p&p bagi tahun terakhir Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013. Testimoni dan maklumbalas amat positif, banyak membantu pelajar membiasakan diri dengan format peperiksaan dan yang lebih penting ianya selari dengan pengajaran dan pembelajaran serta mengikut tema yang ditetapkan dalam huraian sukatan pelajaran.

Pencetak & pengedar masih mengekalkan harga RM9.00 sebuah.

Untuk tempahan sila hubungi: Perkasa Ummah Enterprise Sdn Bhd- Tel: 019-9830484 (Ust. Najib)

PERHATIAN:

Modul al-Kifayah Tingkatan 2 masih dicetak atas permintaan bagi memastikan para pelajar mempunyai latihan yang secukupnya walaupun mereka sudah ditaksir oleh instrumen guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.



Nantikan kemunculan buku Instrumen PBS Bahasa Arab Tingkatan 1 & Tingkatan 2.


Thursday, August 30, 2012

Soalan Percubaan PMR Bahasa Arab 2012

Berikut disertakan soalan-soalan percubaan PMR Bahasa Arab 2012 untuk perkongsian bersama. Kepada Guru-guru BA yang mempunyai soalan negeri-negeri yang tidak disenaraikan di bawah, dapatlah kiranya berkongsi dengan menghantar ke email saya : ridzuanyusof@yahoo.com. Syukran jazilan, mudahan mendapat keberkatan bersama.

1. Soalan Percubaan BA negeri Terengganu. (download)
2. Soalan Percubaan BA negeri Selangor.   (download)
3. Soalan Percubaan BA negeri Perak. (download
4. Soalan Percubaan BA negeri Kedah. (download)
5. Soalan Percubaan BA negeri Pulau Pinang (download)
6. Soalan Percubaan BA Wilayah Persekutuan. (download)
7. Soalan Percubaan BA SBP. (download)
8. Soalan Percubaan BA negeri Sabah. (download)
9. Soalan Percubaan Negeri Sembilan. (download)
10.Soalan Percubaan negeri Pahang. (download)
11.Soalan Percubaan negeri Kelantan. (download)
12.Soalan Percubaan negeri Perlis. (download)
13.Soalan Percubaan negeri Sarawak. (download)

Sunday, June 10, 2012

Bahan Latihtubi Bahasa Arab PMR 2012

Penggal kedua persekolahan telah bermula, sudah tentu guru-guru telah pun menghabiskan sukatan pelajaran atau sudah pun memulakan program pemantapan untuk anak didik pada tahun ini. Sebagai perkongsian bersama, penulis akan melampirkan bahan-bahan latihtubi intensif untuk membantu anak didik kita sebagai persediaan menghadapi peperiksaan percubaan bulan Ogos nanti. Bahan-bahan ini bukanlah hasil nukilan penulis sendiri, hanyalah koleksi soalan percubaan tahun-tahun lepas yang dapat digabung dan disusun mengikut bahagian kertas peperiksaan. Mudah-mudahan ianya bermanfaat.

i. Latihtubi Intensif Bahagian Qawaid (muat turun)

Wednesday, February 15, 2012

Perkongsian Pengalaman Dalam Blog Gemilang Pahang


PENDAHULUAN:

Penulis mengajar di SMK Tengku Ampuan Afzan Chenor. Mula berkhidmat di negeri Pahang pada tahun 2002 setelah menabur bakti di negeri Johor bermula tahun 1998. Alhamdulillah dapat menabur bakti di tempat kelahiran sendiri walaupun dibesarkan di Kuantan. Berpengalaman mengajar Bahasa Arab selama 13 tahun. SMKTAAC merupakan sebuah sekolah luar bandar perkampungan tradisional yang mempunyai Kelas Aliran Agama (KAA) berlatarbelakangkan pelajar sekitar Chenor. Berbekalkan pelajar-pelajar sederhana akademik yang memperolehi keputusan 3A 2B dan kadangkala 2A dalam UPSR merupakan satu cabaran untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam PMR khususnya dalam Bahasa Arab.

Pencapaian Bahasa Arab PMR: Sepanjang pengalaman mengajar Bahasa Arab di SMKTAAC, bermula tahun 2003-2011 hanya 2 tahun sahaja (2006 & 2007) pelajar gagal mencapai kelulusan 100% lulus. Perbandingan pencapaian Bahasa Arab PMR mengikut format baru yang diperkenalkan pada tahun 2010:


PERKARA

BIL. CALON
A
B
C
D
E
LULUS

GPMP
%
BIL/%
BIL/%
BIL/%
BIL/%
BIL/%
BIL
%

PMR 2010

20
4
20.0
3
15.0
8
40.0
5
25.0
0
0.0
20
100
2.70

TOV 2011

23
6
26.1
5
21.7
6
26.1
3
13.1
3
13.1
20
86.9
2.65

ETR
2011

23
8
34.8
6
26.1
6
26.1
3
13.1
0
0.0
23
100
2.17

PMR
2011

23
10
43.5
4
17.4
6
26.1
3
13.1
0
0.0
23
100
2.09

Menghasilkan pelajar cemerlang 9A di sebuah sekolah kampung adalah satu kepuasan. Menjadi satu kepuasan yang istimewa apabila mata pelajaran Bahasa Arab tidak pernah menjadi subjek “nearmiss” kecemerlangan PMR di Afzan.

100% lulus bukan lagi masalah, tindakan seterusnya adalah untuk mencipta kualiti dan kuantiti kecemerlangan. PMR 2011 menjadi titik tolak kecemerlangan Bahasa Arab dengan sokongan dan galakan yang diberikan oleh pengetua dan pentadbiran sekolah.

CABARAN UTAMA PENGAJARAN BAHASA ARAB:
i.      Sering dianggap sebagai “killer subject” dalam PMR dan persepsi negatif bahawa Bahasa Arab susah.
ii.    Tiada kemahiran asas penulisan jawi yang baik.
iii.   Kekangan Bahan Bantu Mengajar di pasaran.

Tugas utama adalah membetulkan kembali persepsi pelajar. Motivasi dan penerangan mesti berfakta supaya boleh diterima pelajar. Pelajar lemah guru tidak boleh lemah. Perubahan dalam p&p mesti dilakukan. P&P mesti menarik-BBM, Audiovisual, slideshow,nyanyian dan lain-lain. Bila hati sudah tertarik, sudah serasi bersama, kesediaan hati untuk menerima ilmu telah ada maka guru dapat melaksanakan p&p dengan lancar.

PROGRAM KECEMERLANGAN BAHASA PMR 2011:

1. “Mufradat dars”: Kelemahan utama pelajar dalam Bahasa Arab ialah penguasaan kosa kata. Dalam aspek ini kelemahan pelajar dapat dibahagikan kepada 3 kategori:
                a.Tidak mampu sebut dan menulis kembali.
                b.Mampu menyebut tetapi tidak boleh menulis.
                c.Mampu menulis tetapi salah (aspek yang ditekankan oleh guru)
Program ini dilakukan di awal p&p (10-15 minit). Setiap pelajar dibekalkan ‘mini white-board’. Guru menayangkan ‘slide ppt’ yang mengandungi kosa kata pelajaran (mufradat dars). Pelajar menulis perkataan yang dikehendaki. Guru menayangkan penulisan yang betul. Pelajar membaiki kembali kesilapan penulisan.Tiada apa yang perlu ditakuti oleh calon PMR apabila memiliki “modal besar” dalam pembelajaran bahasa ini.


2. Modul “Al-kifayah Linnajah”: Modul latihan berfokus yang dihasilkan sendiri oleh penulis bagi mengatasi kekurangan bahan Bahasa Arab. Kecukupan latihan amat penting bagi pelajar bagi memastikan mereka menguasai setiap item PMR. Secara peribadi, penulis berkeyakinan modul ini telah memberi impak yang besar kepada calon PMR.(Maklumat lanjut: http://duanarabic.blogspot.com)

3.Bengkel “Jawab Untuk Cemerlang”: Bengkel dijalankan sebanyak 3 siri : sebelum ujian Mac, pertengahan tahun dan percubaan PMR. Setiap siri selama 4 jam pada hari Sabtu. Bahan bengkel berfokus ke arah memperolehi maksimum markah dalam setiap item PMR.

4. “Gasak Istibdal” : Ujian mengejut di awal p&p sepanjang tahun. Fokus kepada item (b) soalan 1 dan soalan 2. Kemahiran aplikasi tatabahasa Bahasa Arab. Pelajar diuji dengan tiga peringkat soalan.

PENUTUP:

Program di atas telah membantu penulis menghasilkan keputusan yang diimpikan. Perubahan dan permurniaan program sentiasa dilakukan bersesuaian dengan calon semasa. Kepada Allah swt. jua diucapkan syukur mudah-mudahan diberi kekuatan, ketabahan dan kesihatan berpanjangan untuk mendidik anak-anak Chenor.

Saturday, November 26, 2011

Modul Kecukupan Latihan Bahasa Arab Tingkatan 3 2012



Buku latihtubi Bahasa Arab tingkatan 3 edisi kemaskini 2012 mencakupi sukatan pelajaran tingkatan 3. Dalam edisi baru ini, penulis menyusun kembali tajuk pelajaran buku teks mengikut susunan soalan PMR format tekini.

Mengandungi 160 muka surat dan disertakan senarai semak latihan bagi setiap tajuk dan skop yang terkandung dalam buku teks dan sukatan pelajaran bagi memastikan pelajar benar-benar menguasainya setiap bentuk item soalan PMR.

Sampel kandungan modul: (muat turun)


BERMINAT??
Sila hubungi:
PERKASA UMMAH ENTERPRISE
No. Tel:  09-5733837 / 019-9830484 (Ust. Najib) / 013-9282327 (Ust. Ridzuan)


Harga : RM 9.00 (SM) / RM 11.00 (SS)
[Pembelian 10 naskhah ke atas]
Bayaran secara L/O diterima.


Berminat juga dengan Modul Kecukupan Latihan Tingkatan 2?






Tempahan diterima dengan harga sama seperti di atas?
CEPAT !! Dapatkan sebelum sesi persekolahan 2012 bermula untuk memudahkan tugasan anda sebagai guru Bahasa Arab.


Untuk makluman lanjut mengenai kandungan modul, boleh hubungi penyusun sendiri:
013-9282327 (Ust. Ridzuan)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------


Penyusun akan meletakkan skema jawapan bagi setiap modul mengikut tajuk/bab pelajaran. Guru-guru boleh memuat turun jawapan yang disediakan dalam format "powerpoint presentation" bagi memudahkan proses p&p dan sebagai salah satu BBM yang digunakan.
(mulai Januari 2012 secara berperingkat-peringkat)


MODUL KECUKUPAN LATIHAN TINGKATAN 3:


1. JAWAPAN MODUL 1/PELAJARAN 1 (klik: download)
2. JAWAPAN MODUL 2/PELAJARAN 2 (klik: download)
3. JAWAPAN MODUL 3/PELAJARAN 3 (klik: download)
4. JAWAPAN MODUL 4/PELAJARAN 4 (klik: download)
5. JAWAPAN MODUL 5/PELAJARAN 5 (klik: download)
6. JAWAPAN MODUL 6/PELAJARAN 6 (klik: download)
7. JAWAPAN MODUL 7/PELAJARAN 7 (klik: download)
8. JAWAPAN MODUL 8/PELAJARAN 8 (klik: download)
9. JAWAPAN MODUL 9/PELAJARAN 9 (klik: download)
10.JAWAPAN MODUL 10/PELAJARAN 10 (klik: download)


MODUL KECUKUPAN LATIHAN TINGKATAN 2:



1. JAWAPAN MODUL 1/PELAJARAN 1 (klik: download)
2. JAWAPAN MODUL 2/PELAJARAN 2 (klik: download)
3. JAWAPAN MODUL 3/PELAJARAN 3 (klik: download)
4. JAWAPAN MODUL 4/PELAJARAN 4 (klik: download)
5. JAWAPAN MODUL 5/PELAJARAN 5 (klik: download)
6. JAWAPAN MODUL 6/PELAJARAN 6 (klik: download)
7. JAWAPAN MODUL 7/PELAJARAN 7 (klik: download)
8. JAWAPAN MODUL 8/PELAJARAN 8 (klik: download)
9. JAWAPAN MODUL 9/PELAJARAN 9 (klik: download)
10.JAWAPAN MODUL 10/PELAJARAN 10 (klik: download)



Tuesday, March 29, 2011

Kamus Kecil Al-Munawwir : KAMUS PERKATA


Kamus ini mengandungi makna-makna perkataan mengikut susunan tajuk dalam buku teks Bahasa Arab Tingkatan 2 dan 3. Dengan memiliki kamus ini akan dapat membantu guru dalam proses pengajaran kefahaman teks tanpa perlu menggunakan teknik terjemahan harfiah dan pelajar akan dapat memahami kandungan teks secara kendiri.

Perkataan-perkataan baru akan diberikan makna dalam bahasa Melayu. Ianya tidak akan diulang sekiranya telah terdapat dalam teks sebelumnya. Bagi perkataan-perkataan tertentu, perkataan seerti dan berlawanan disertakan dan ianya bersesuaian dengan tahap menengah rendah.

Turut dilampirkan makna kata-kata hikmah dan bait-bait syair yang perlu dikuasai pelajar dan seterusnya memudahkan proses penghafalan bagi tujuan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS).


Kamus bersaiz A5 ini berharga RM3.00 setiap naskhah.

Urusan pembelian boleh dilakukan dengan menghubungi:

Perkasa Ummah Enterprise
No. A 45 Jalan IM 3 / 11, B.I.M Point
Bandar Indera Mahkota
25200 Kuantan
Pahang Darul Makmur.

Telefon / Faksimili : 09-573 3837 / 019-9830484 (Ust. Najib)

Pembelian 50 naskhah diberi potongan 10%.
Pembelian 100 naskhah ke atas diberi potongan 15%

PIHAK PERKASA UMMAH ENTERPRISE HANYA DAPAT MEMENUHI PEMBELIAN 20 NASKHAH KE ATAS SAHAJA.


Thursday, December 23, 2010

Harga Modul Siap Bercetak

A: Modul lengkap dalam 1 set (merangkumi ketiga-tiga bahagian) - RM8.50 sebuah (termasuk pos)

B: Modul secara berasingan (3 buah buku untuk ketiga-tiga bahagian) - RM13.oo (termasuk pos)
i.Modul Aplikasi Tatabahasa : RM4.10
ii.Modul Kefahaman Teks : RM4.40
iii.Modul Bina Ayat : RM4.70

CETAKAN HANYA DIBUAT ATAS PERMINTAAN. TIADA KOLEKSI SIMPANAN DI TANGAN PENULIS.

contoh buku bagi ketiga-tiga modul yg dicetak berasingan


Kos fotostat -sekiranya buat sendiri (jika 0.05 sen) = 154 ms x $0.05 = RM7.70 tanpa binding.
BANDINGKAN HARGA dan...
Jika berminat, hubungi seperti tertera di post terdahulu. Bayaran secara L/O diterima.

LANGANAN TERUS BOLEH DIBUAT MELALUI:

PERKASA UMMAH ENTERPRICE - TEL: 019-9830484 (Ustaz Najib)

Friday, October 15, 2010

Mukhayyam Bahasa Arab Negeri Pahang 2010

Pada tahun ini, peserta mukhayyam terpaksa dibahagikan kepada 2 sesi:
Sesi 1 : 26-28 Julai 2010
Sesi 2 : 02-04 Ogos 2010

Berlangsung di Kompleks Rakan Muda Maran yang menjanjikan kemudahan yang selesa dan bersesuaian dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Pendekatan yang hampir sama digunakan seperti tahun lalu, namun diubahsuai mengikut format terkini PMR Bahasa Arab 2010. Peserta-peserta nampaknya bersemangat sepanjang program berlangsung. Didoakan kepada semua peserta telah memperolehi motivasi dan melaksanakan persediaan yang secukupnya bagi menghadapi PMR 2010. Dengan tema "ما أحلى اللغة العربية" , diharapkan peserta akan terus mencintai bahasa Arab dan terus mempelajarinya di peringkat yang seterusnya.



video

Friday, July 16, 2010

Latihtubi Intensif PMR Bahasa Arab 2010

Bahan-bahan ini disediakan bagi membantu guru-guru dan pelajar-pelajar untuk persiapan menghadapi peperiksaan PMR pada tahun ini. Tidak dibenarkan sekali diterbitkan untuk tujuan komersial. Kesilapan "typing" yang terdapat dalam setiap latihan dan modul jangan diperbesarkan.

Terima kasih kepada guru-guru yang menyumbang idea, masa dan wang ringgit khususnya guru-guru yang terlibat dalam penyediaan modul PMR BA negeri Pahang.

Bahan untuk dimuaturun:



Tuesday, April 6, 2010

Makluman Terkini Format Baru Bahasa Arab PMR 2010

Untuk makluman guru-guru, sehingga ke tarikh (07/04/2010), pihak LPM masih belum mendapat kelulusan pihak tertinggi untuk melaksanakan format baru yang dicadangkan. Ini bermakna format lama masih belum dibatalkan sehingga ada pekeliling baru yang memansukhkannya.

Untuk itu, kita semua diminta bersedia dengan sebarang kemungkinan untuk calon-calon PMR tahun ini, sama ada mereka akan terus menggunakan format lama atau akan ada arahan terkini (sehingga bulan JUN) untuk menggunakan format baru di saat-saat akhir. Bolehlah dibuat kesimpulan, calon-calon PMR pada tahun akan menggunakan format lama lagi.

Guru-guru boleh memuat turun 2 fail berikut untuk mendapat gambaran kasar format baru tersebut bagi kertas 31/1 dan 31/2 yang boleh digunakan untuk pelajar-pelajar di tingkatan 1 dan 2:





Wednesday, March 3, 2010

Format Baru Bahasa Arab PMR 2010


Guru-guru Bahasa Arab boleh download format baru secara tidak rasmi ini. Keterangan lanjut dan wajaran sebenar akan ditaklimat secara rasmi oleh LPM kemungkinan April ini.

Thursday, November 19, 2009

Explorace Bahasa Arab Negeri Pahang 2009

Pada 13-14 November 2009 telah berlangsung Exploraces Bahasa Arab SMKA, KAA & SABK Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Negeri Pahang Tahun 2009 bertempat di SMK Jengka Pusat. 35 buah sekolah telah menyertai pertandingan ini.

Bahan-bahan Explorace Bahasa Arab Pahang 2009 (Download sini)

Pada sebelah malam telah diadakan pertandingan 'Batol Mufradat' /Raja Kosakata. Peserta-peserta telah diuji dengan kehebatan perbendaharaan kata yang dimiliki.

Dayang Maizatul Farhana Sedang Menjawab Soalan Batol Mufradat:

Antara Aktiviti Explorace: