Tuesday, July 21, 2009

Mukhayyam Bahasa Arab


Mukhayyam (Perkhemahan) ini telah diadakan di Sanctuary Resort Cherating pada 26-28 Jun 2009. Mukhayyam yang julung-julung kali diadakan adalah anjuran Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Pahang. Ianya telah disertai lebih kurang 130 orang pelajar yang terpilih dari setiap sekolah-sekolah KAA, SMKA, SABK dan SBPI yang menjadi calon PMR 2009. Matlamat utama mukhayyam ini adalah untuk memastikan pelajar-pelajar ini memiliki persiapan yang secukupnya untuk menghadapi PMR 09.

Adalah diharapkan peserta-peserta yang telah terlibat dalam mukhayyam ini telah memperolehi manfaat sekurang-kurangnya kosa kata yang telah ditetapkan. Bukan sekadar keseronokan yang diperolehi, tetapi semangat untuk terus menguasai bahasa Arab sehinggalah selesai peperiksaan PMR nanti. Semoga Allah swt sentiasa bersama anda semua.

Lihat video program: http://www.youtube.com/watch?v=-d9HIbwkTSQ

Saturday, July 18, 2009

الحكم والأمثال 1


الوقت كالسيف إن لم تقطعه قطعك
Maksudnya: "Waktu itu umpama pedang, jika kamu tidak memotongnya nescaya ia akan memotongmu"


:معنى الحكمة

هذه الحكمة تذكرنا على أهمية الوقت في حياتنا
Kata hikmah ini mengingatkan kita tentang kepentingan masa dalam kehidupan kita


Saturday, July 11, 2009

اللغة العربية سهلة أم صعبة

Bahasa Arab.. Susah! Itulah ungkapan yang sering diungkapkan oleh pelajar-pelajar yang mempelajarinya sama ada secara sukarela atau terpaksa. Terpaksa kerana berada di sekolah agama atau di kelas aliran agama (KAA).

Adakah ungkapan ini benar atau ianya hanya alasan bagi orang yang tidak berminat mempelajarinya? Kita akan cuba merungkai kemelut ini ..